eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bayi 3 Hari Disuap Bubur Bikin Nitezen Marah

 


Baru-baru ini, satu kejadian yang berlaku di Indonesia telah menimbulkan kemarahan wargamaya di media sosial apabila bayi yang baru berusia 3 hari disuapkan bubur. Tindakan dari ibu mertua kepada wanita itu membuatkan ramai yang geleng kepala melihatnya.

Untuk bayi yang baru sahaja berusia 3 hari seperti ini, sudah tentunya ia sesuatu yang membahayakan jika mereka diberikan makanan pada usia seawal itu. Malah kebiasaannya bayi yang berusia enam bulan ke atas sahaja yang sesuai untuk diperkenalkan dengan makanan bayi.


@alya_82 sungguh nyesak dada ini liat anak umur 3hari sudah diberi bubur SUN pdhl udah dilarang keras dg bidannya beginilah kalau tinggal dg mertua dan saudara2nya serba salah 😭😭😭#anakku #bayi #fyp ♬ Buah Hati - Armada

Menerusi rakaman yang tular di media sosial ini, wanita itu berkongsikan situasi di mana ibu mertuanya menyuapkan bubur kepada bayi yang masih kecil itu. Turut kelihatan, bayi itu yang berusaha menerima makanan yang disuapkan itu.

Menurut wanita itu, tindakan ibu mertua itu telahpun dihalang namun dia masih berkeras mahu menyuapkan bayi itu dengan bubur. Lebih menyedihkan, bayi itu kelihatan tidak dapat menerima bubur yang disuapkan itu namun tetap dipaksa masuk ke dalam mulut.

Perbuatan ibu mertua itu turut menimbulkan kemarahan ramai kerana ianya sangat membahayakan bayi itu yang masih terlalu awal untuk diberikan makanan. Berdasarkan tinjauan di komen, wanita itu memberitahu kelihatan urat-urat biru yang menimbul pada perut bayi itu selepas kejadian tersebut.



sumber:alya_82