eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Kelakar Khuzairi Ni” ditanya Nama Penuh Siti Saleha, Lain Pula Jawapan Shukri Yahaya

 


Pasangan pelakon paling serasi yang mana drama lakonan mereka baru sahaja selesai ditayangkan di TV, Siti Saleha dan Shukri Yahaya ini sering sahaja mendapat perhatian umum. Drama yang dibintangi mereka ini menjadi fenomena sehingga bertahan ke musim ketiga.

Drama 7 Hari Mencintaiku ini juga memiliki jalan cerita yang agak menarik. Ditambah pula dengan barisan pelakon hebat, memang menjadi sungguh. Namun begitu, baru-baru ini satu perkongsian rakaman yang memaparkan sesi berbual Siti Saleha dan Shukri Yahaya ini telah mencuri perhatian ramai.

Dalam salah satu sesi, Shukri Yahaya ditanya nama penuh Siti Saleha. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah Shuk tidak dapat menjawabnya tapi mampu beri bayangan yang Siti Saleha adik Sam Bunkface. Korang saksikan sendiri gelagat dua pelakon ini dalam perkongsian semula oleh seorang pengguna TikTok ini:

@yoon_hyemia They are so funny 🤣🤣🤣 #fyp #7harimencintaiku3 #7hmk3 #fyp #karyasitirosmizah ♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Disebabkan rakaman perbualan ditanya nama penuh pelakon ini ramai warganet yang baru tahu rupanya Siti Saleha adalah adik kepada vokalis kumpulan tersebut.