eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Budak Terjatuhkan Patung Teletubbies Harga Lebih RM30K


Bukan senang untuk membawa anak-anak yang masih kecil keluar berjalan-jalan apatah lagi untuk mengawal mereka ini. Sudah namanya budak, pastinya gerak geri mereka juga lebih lincah dan aktif setiap kali dibawa keluar berjalan.

Namun malang buat pasangan ibu bapa ini apabila anak mereka secara tidak sengaja telah menjatuhkan sebuah patung Teletubbies sehingga berkecai. Lebih malang lagi, harga sebenar patung tersebut juga bukan biasa-biasa sekaligus membuatkan ramai terkejut melihat harganya.

@ez_game23 Teletubbies pecah mat..💆🏼 sape yg salah?? #teletubbiesbroke #autobuy #marketing ♬ Oh no, oh no, oh no, no no - Hip Hop

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Hong Kong ini menjadi bualan hangat di media sosial. Menurut sumber, kanak-kanak tersebut dipercayai bersandar pada patung tersebut sebelum patung Teletubbies itu terjatuh dan pecah berkecai.

Sebaik sahaja diperiksa, patung gergasi itu berharga kira-kira lebih RM30,000 menurut pekerja di kedai tersebut. Walaupun terkejut dan kecewa dengan apa yang terjadi, ibu kepada kanak-kanak tersebut membayar ganti rugi pada hari yang sama sebanyak RM18,794.




Selepas kejadian ini tular dikongsikan, ramai yang mengkritik tindakan kedai itu yang meletakkan patung semahal itu tanpa ciri keselamatan yang baik. Malah ada juga peguam yang memberitahu sepatutnya wanita tersebut tidak perlu membayar ganti rugi itu memandangkan kanak-kanak di bawah 10 tahun tidak boleh dikenakan tindakan mahkamah