eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Chef Turki Terkenal, Dilihat makin susut dirawat di hospital

 


Penampilan terkini chef selebriti terkenal berasal dari Turki, Burak Ozdemir atau CZN Burak menarik perhatian ramai apabila keadaan fizikalnya dilihat semakin susut dan kurang bermaya.

Lebih membimbangkan peminat apabila chef berusia 27 tahun itu ada memuat naik foto dan video di media sosial ketika menerima rawatan di hospital, sekali gus mencetuskan spekulasi berhubung tahap kesihatannya.

Baru-baru ini, Chef Burak yang popular dengan hidangan berkuantiti besar sambil tersenyum di hadapan kamera berkongsi sekeping foto di laman Instagram memaparkan dia mengenakan pakaian pesakit di hospital.



Namun begitu, dia memaklumkan bahawa dirinya hanya menjalani pemeriksaan kecil selain tidak dinyatakan secara terperinci mengenai rawatan tersebut.

Malah menerusi aplikasi TikTok juga, chef dipercayai berasal dari kumpulan etnik Syria-Arab itu turut berkongsi satu video dirinya dipasang beberapa wayar perubatan sehingga membuatkan ramai bersedih.

@cznburak

❤️❤️🤲🤲

♬ orijinal ses - 卩卂乃ㄥㄖ

“Jika anda kehilangan saya suatu hari nanti, ingatlah saya dengan melihat ini..”

Memetik laporan MM News, Chef Burak dilaporkan menghidap tumor otak tetapi kesahihan mengenai perkara berkenaan belum dapat dipastikan lagi.

Berikutan keadaan tersebut, ramai peminat dan pengikutnya dari serata dunia menitipkan doa agar dia kembali sembuh sekiranya menghidap sebarang penyakit ketika ini.

sumber:CZN Burak