eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Cikgu Sebak Hadiah Dari Murid,Ingatkan Coklat Rupa-rupanya..

 


Tidak dinafikan sempena sambutan Hari Guru pada tanggal 16 Mei dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan menghiburkan. Bagaikan sudah menjadi tradisi anak-anak kecil yang berlumba-lumba untuk memberikan hadiah kepada guru mereka sebagai tanda penghargaan kepada jasa-jasa guru mereka.

Namun, berbeza pula dengan murid yang kurang kemampuan untuk membeli hadiah tetapi tetap berusaha untuk memberi hadiah sebagai tanda penghargaan yang mengajarnya.

Kisah ini dikongsikan sendiri daripada seorang guru  @CikguNik yang memuat naik mengenai hadiah yang diberikan oleh anak muridnya yang sangat menyentuh hati.

"Untuk Cikgu Nik, buka hati-hati ya, Hari Guru”


“Terima kasih cikgu ucapkan kepada semua yang ingat pada cikgu,” tulis Cikgu Nik 

Dalam rakaman video tersebut, Cikgu Nik tidak menyangka yang dia akan menerima hadiah ‘coklat’ yang dilukis sendiri oleh anak muridnya itu. Apa yang lebih mengharukan, nota yang ditulis pelajar tersebut membuatkan guru tersebut rasa lebih menghargai pemberian itu.

Menerusi video yang berdurasi lebih 50 saat itu menunjukkan satu kertas dari buku tulis yang membaluti sesuatu dengan nota yang ditinggalnya benar-benar meruntun hati orang ramai.

Difahamkan, sewaktu anak muridnya ingin memberi hadiah tersebut kelihatan tangannya teragak-agak untuk memberi dan wajahnya agak malu-malu.

Rupa-rupanya hadiah itu dia buat sendiri semata-mata bagi pada guru sebagai tanda menghargai gurunya. – Cikgu Nik

Dalam video tersebut, guru ini terkoyakkan sedikit ‘hadiah’ tersebut namun, guru ini terharu dan sebak walaupun bagi orang lain pemberian itu hanyalah sekadar kertas dan kapas atau "squishy paper" tetapi semangat untuk anak murid tersebut memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan benar-benar ikhlas.