eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Datin Kartini Kongsi Kisah Neelofa Hadiahkan Sejadah Harga RM2500

 


Baru-baru ini, pengacara Neelofa ada melakukan satu sesi IG Live bersama ibunya, Datin Noor Kartini di Instagram Naelofar. Di dalam sesi tersebut, ibu kepada selebriti terkenal itu ada berkongsikan cerita dan pengalamannya menjadi seorang ibu serta kisah bermulanya jenama Naelofar.

Semasa berkongsikan tentang Neelofa, Datin Kartini sempat berkongsikan kisah pemberian hadiah yang diberikan oleh Neelofa satu ketika dahulu. Menurutnya, Neelofa pernah memberikannya hadiah berupa sejadah yang dibeli dari Mekah. 



Apa yang menarik perhatian ialah sejadah tersebut berharga kira-kira RM2500 sekaligus membuatkan ramai terkejut mendengar harganya. Datin Kartini memberitahu pada waktu tersebut Neelofa baru saja berusia 23 tahun dan pertama kali berkunjung ke Mekah.

Neelofa kemudiannya membeli sebuah sejadah yang berharga RM2500 untuk diberikan khas kepada ibunya itu. Malah Neelofa siap membawa sejadah itu masuk ke dalam pesawat sebagai hand carry sahaja untuk berjimat cermat.


Menurut Neelofa lagi, pada waktu itu dia tidak lah mempunyai duit yang banyak tetapi nekad mahu menghadiahkan sejadah istimewa itu kepada ibunya. Lebih manis lagi, Datin Kartini masih lagi menggunakan sejadah tersebut sehingga sekarang ini walaupun sudah sepuluh tahun berlalu.

Perkongsian cerita itu juga turut membuatkan ramai kagum mendengar cerita yang dikongsikan tentang Neelofa ini. Bukan senang untuk membelanjakan wang sebanyak itu untuk yang tersayang lagi-lagi pada usia semuda itu.

sumber:naelofar