eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dipanggil ‘Ayang’, Nadia Brian tak nafi Mamat ‘sweet’


Siapa sahaja tidak mengenali pemilik akaun popular, MamatGotNoChill yang sentiasa menjadi perhatian ramai selepas membuat konten menegur kesalahan pengguna lain sekiranya mereka menghasilan video tular di laman TikTok.

Pemilik nama Firdaus Nahar itu pernah menjadi bualan ramai apabila dia seringkali menegur video-video yang dikongsikan oleh aktres cantik, Nadia Brian baru-baru ini sehinggalah mereka berjaya bertemu .

Video Mamat bersama Nadia tular lagi!

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik oleh @faiztukirin, beberapa orang di situ mengenakan usikan nakal kepada pelakon cantik, Nadia Brian sebaik sahaja kemunculan Mamat di belakang.

Selain itu, tangkap layar Insta Story Mamat turut berada di dalam video tersebut dan apa yang menarik perhatian ramai adalah jejaka itu menggelarkan ‘ayang’ kepada Nadia.

@faiztukirin

lepas ni takde dah yg boleh cari salah orang🥹🥹 malas nak tag

♬ bunyi asal - kimie_coh

MamatGotNadia?

Menjengah ke Insta Story Mamat, dia memuat naik gambar bersama Nadia Brian beserta kapsyen yang menimbulkan persoalan di kalangan pengikut.

‘MamatgotNadia,”tulisnya.


Nadia tak nafikan Mamat seorang lelaki yang sweet

Ekoran penularan video tersebut selain digelar dengan panggilan ‘Ayang’, pelakon wanita berusia 30 tahun itu tidak menolak Mamat merupakan seorang lelaki yang sweet.


Kami sekadar kawan

Walau bagaimanapun, Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi memberitahu mereka berdua hanyalah sekadar kawan sahaja.

“Ya, saya tahu tentang panggilan Ayang yang dia sengaja letak di Insta Story semalam.

Saya dengan dia tak ada apa-apalah! Saja main-main”katanya.

Video tu sebenarnya untuk projek penggambaran bersama

Pada masa yang sama, Nadia mengatakan mereka berdua sebenarnya bertemu di set penggambaran sahaja demi menjayakan sebuah bahan kandungan untuk klien.

“Jadi, dia pun muat naik gambar tersebut. Masa itu, kami tengah buat projek penggambaran bersama dan klien pun suka tengok kami.

“Oleh itu, kami disatukan di set penggambaran,” 

sumber:@mamatgotnochill,@faiztukirin