eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Wan Senja

Drama Wan Senja 2

Tonton Drama khas Aidilfitri 'Wan Senja' lakonan Fauziah Dato’ Ahmad Daud akan disiarkan pada raya pertama hingga raya ke-empat ini jam 11:30 pagi di TV3.

JUDUL : Wan Senja
Tonton Full Episod: 4
Tarikh Tayangan: 2-5 Mei 2022
Waktu Siaran: Selasa-Jumaat, 11.30 pagi
Rangkaian: TV3
Skrip: (PGRs Team) Falriqz Naail, Amka Ahmad
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd
Pelakon: Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana, Aniq Suhair

Sinopsis Wan Senja

Mengisahkan tentang Hajah Rohimah, seorang guru yang dihormati oleh masyarakat tempatan atas dedikasi dan pengorbanan beliau. 

Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar di usia senjanya. 

Hajah Rohimah berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru. 

Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya.