eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gadis Ini Terkedu Rombongan Lain Datang Merisik,Teman Lelaki Tengah Beraya Di Rumah

 


Setiap pasangan pastinya mahukan hubungan yang dibina berjaya dibawa sehingga ke jinjang pelamin. Pada musim perayaan ini, tentunya ramai yang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan pasangan pada keluarga masing-masing sama seperti gadis ini.

Baru-baru ini, satu situasi yang mendebarkan berlaku pada pasangan ini apabila muncul satu rombongan merisik yang tiba di rumah semasa mereka membincangkan hal pertunangan. Video tersebut juga tular dan menarik perhatian ramai dengan lebih dua juta tontonan setakat ini.

@tinnnnnnnn10 rasa mcm nak marah,tpi kena sabar🥵#fyp ♬ original sound - Trisyia Azman🌸

Menerusi video yang dikongsikan ini, gadis itu memberitahu kejadian itu berlaku semasa teman lelakinya datang beraya di rumahnya. Sambil-sambil itu, teman lelakinya mahu membincangkan tentang hal pertunangan mereka bersama keluarga gadis itu.

Namun tidak semena-mena, muncul satu rombongan lain yang datang untuk merisik gadis itu sekaligus membuatkan mereka terkedu melihatnya. Menurut gadis itu, dia langsung tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang rombongan merisik ini.


Yang pastinya, kehadiran rombongan itu turut membuatkan teman lelakinya yang berada di situ cuak dengan apa yang berlaku. Malah netizen turut sama terkedu dengan situasi ini yang mengalahkan drama di dalam televisyen sahaja.

Namun ada juga yang memberitahu ia sedikit sebanyak akan membuatkan teman lelaki gadis itu berasa tercabar dan mempercepatkan tarikh pernikahan mereka nanti. Gadis itu turut memberitahu dia sengaja tidak berkongsikan situasi semasa rombongan merisik itu tiba untuk menjaga aib mereka.

sumber: tinnnnnnnn10