eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gembira siap berdoa dapat duit raya RM1,Netizen puji adab adik-beradik Ini

 


Setiap kali sambutan Aidilfitri, tidak dinafikan terdapat segelintir ibu bapa kurang berpuas hati dengan jumlah kutipan duit raya diterima anak mereka sehingga membuat luahan di media sosial.

Lebih-lebih lagi sekiranya pemberi menghulurkan duit RM1, mereka seperti tidak boleh menerima bahawa jumlah tersebut masih diberikan pada zaman kini.

Tapi, lain pula dengan penerimaan pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen apabila mendidik dua orang anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah untuk sentiasa bersyukur.


Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok milik Hanis, pelakon berusia 32 tahun itu merakam gelagat anak-anaknya ketika membuka koleksi sampul hasil seminggu menyambut Hari Raya.

Lebih menjadi perhatian netizen setelah melihat keterujaan Alisa apabila mendapat tahu jumlah duit dalam sampul, meskipun hanya mengandungi kepingan wang kertas RM1.

@haniszalikha

Money! Mr.Krab money!

♬ Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Malah di akhir video berdurasi 39 saat itu, Yusuf turut diajar untuk mendoakan kepada semua pemberi agar dikurniakan ganjaran dan pahala Allah SWT.

Meninjau ke ruangan komen, video tersebut meraih hampir 892,000 tontonan dan pelbagai komen netizen yang memuji cara pasangan itu dalam mendidik cahaya mata mereka.

sumber: Hanis Zalikha