eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Giliran Dato Seri Vida pula dipanggil SKMM,Video muzik raya kontroversi

 

Giliran Dato Seri Vida pula dipanggil SKMM,Video muzik raya kontroversi2

Selepas Datuk Seri Aliff Syukri, kini usahawan sensasi Datuk Seri Vida pula dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung video muzik (MV) raya yang mencetuskan kontroversi.

Menerusi satu posting di laman Instagram malam tadi, Vida memaklumkan akan memberi keterangan bagi membantu siasatan selepas terdapat pihak membuat laporan kepada pihak berkuasa.



Pemilik nama Hasmiza Othman itu berkata, dia sudah menghasilkan MV berjudul Muah Muah Raya tersebut sebelum video Alif Syukri sekali gus mengambil keputusan untuk mengurangkan promosi di media sosial.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana lah. Untuk lagu raya saya Muah Muah Raya, saya sebenarnya tak promote sangat la setelah tengok Datuk Aliff dah dipanggil oleh SKMM.

“Tapi saya dah buat benda ini sebelum Datuk Aliff Syukri. Tapi yelah kena panggil, maka saya kena pergilah SKMM untuk diambil keterangan.

“Saya ini pun memang tak sihat, sakit kepala bagai tapi saya akan turuti arahan. Sebab ada orang buat laporan, saya anggap apa saya buat itu sebagai hiburan je,” katanya.

Usahawan berusia 51 tahun itu berkata demikian sambil berjalan seolah-olah mencari ketenangan di sekitar kediamannya sebelum memeluk anak lelakinya, Kacak.

Terdahulu, MV berkenaan menerima kecaman ramai kerana dikatakan menampilkan unsur ‘drag queen’ yang disifatkan tidak sesuai dengan perayaan Aidilfitri umat Islam.