eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Guna Duit Raya Anak Beli Barangan Keperluan,Cetus ‘Perdebatan’ Netizen

 



Sebut sahaja hari raya, antara yang paling gembira tentunya golongan kanak-kanak, selain golongan ibu bapa menanti kepulangan anak-anak ke kampung halaman.

Mana tidaknya, selain sudah tidak perlu lagi berpuasa selepas sebulan menahan lapar dan dahaga, kanak-kanak akan menerima imbuhan berupa duit raya atas penat lelah mereka berpuasa selama sebulan, walaupun ramai di kalangan mereka tidak berpuasa penuh.

Kebiasaannya duit tersebut akan disimpan untuk masa hadapan, selain membelanjakan duit tersebut mengikut kehendak mereka.

Duit raya anak buat beli keperluan

Namun, lain pula seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita di platform TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik, difahamkan dia menggunakan duit raya anaknya itu untuk membeli barangan keperluan bayi kembar seperti susu dan lampin pakai buang.

@princessyaya373 #twins ♬ suara asli - 🌀WILFEXBOR🌀

Niat kongsi cetus perbalahan

Ekoran itu perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi  sehingga tercetusnya ‘perbalahan lisan’ di kalangan netizen dengan memberikan pandangan masing-masing mengenai hukum menggunakan duit raya anak bagi membeli barangan keperluan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mengatakan duit raya anak sepatutnya disimpan dan tidak boleh digunakan oleh ibu bapa kerana itu adalah hak anak dan sudah menjadi tanggungjawab mereka sediakan semua itu.

Sekiranya ibu bapa menggunakan duit tersebut, mereka wajib menggantikan semula duit tersebut.


Tak ada masalah pun kalau dah terdesak dari segi kewangan

Pun begitu, ada yang berpendapat bahawa duit tersebut boleh digunakan dan tidak menjadi masalah sekiranya ibu bapa menggunakan ia, terutamanya bagi kepada mereka mengalami kesulitan dari segi kewangan.

Ia adalah elok jika hendak dibandingkan ibu bapa meminjam duit daripada orang lain jika mahu membeli keperluan anak-anak.