eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Guru Dipuji Bantu Murid OKU Lompat Tinggi

 


Baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seorang murid sekolah dibantu oleh gurunya melepasi palang lompat tinggi telah mencuri perhatian ramai. Difahamkan murid tersebut adalah orang kelainan upaya (OKU) dan semasa kejadian itu, para pelajar lain bersorak memberikan semangat pada anak istimewa ini.

Anak istimewa ini adalah Syafi Zikri dan video guru dipuji bantu murid OKU lompat tinggi ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun syafikecik. Dalam rakaman itu dipaparkan ketika acara lompat tinggi diadakan di sebuah padang sekolah.

Dalam acara itu terlihat seorang murid sedang berlari ke arah palang lompat tinggi. Seorang guru dilihat menanti berhampiran palang dan mendukung murid ini terus melepasi halangan tersebut. Berikut adalah rakaman penuh guru dipuji bantu murid OKU lompat tinggi ini:

@syafikecik Alhamdulillah tahun ni lepas juga😂#fyp #ackn #NNN #viral ♬ bunyi asal - Haikal ackn🍁 - SYAFI ZIKRI✨

Wah, sporting habislah guru ini! Impian anak kecil ini tercapai dengan bantuan seorang insan bergelar guru.