eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kasihan Vetren ATM Jemur Tengah Panas,Pegawai Pula Bawah Khemah-Netizen

 


Tular satu rakaman video memaparkan sekumpulan warga emas dipercayai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdiri di tengah panas dalam sebuah acara majlis di Putrajaya, baru-baru ini.

Seorang pengguna laman Twitter, @apanakdikato meluahkan rasa kesal apabila melihat pesara-pesara tentera itu ‘berjemur’ di tengah cuaca terik sambil mendengar ucapan seorang pegawai di bawah khemah.



“Tergamak ya korang buat veteran macam ini, mereka hanya mintak kebajikan yang adil, tapi nak dapat terpaksa pula berjemur tengah panas dan pegawai-pegawai pulak duduk dalam khemah.

“Apa perasaan korang kalau nampak mak ayah korang diperlakukan macam ni?,” dakwanya menerusi muat naik satu ciapan.

Menerusi rakaman berdurasi 32 saat tersebut, kelihatan segelintir pesara tentera yang lengkap memakai pakaian seragam ‘tidak duduk diam’ seolah-olah kurang selesa mungkin kerana dalam keadan kepanasan.

Ciapan berkenaan diulang kicau hampir 5,000 kali dan mendapat 4,726 tanda suka selain pelbagai reaksi netizen yang berkongsi rasa kasihan apabila melihat pesara-pesara tentera terbabit.

Netizen berpendapat bahawa golongan tersebut sudah banyak berjasa terhadap negara, justeru pihak penganjur perlu melayani mereka dengan sebaiknya dan bukan seperti perhimpunan di sekolah.


Malah, segelintir netizen juga menganggap kejadian itu seperti mendiskriminasi kerana terdapat golongan di ‘bawah khemah’ dan ‘luar khemah’ yang selayaknya dimansuhkan.

Sama dengan isu murid duduk lantai, guru atas kerusi


Masa berkhidmat kena sidai, dah pencen pun kena sidai


Dewan punya la banyak kat Putrajaya tu?

Sumber: Twitter @apanakdikato & @ShazwanZdainal