eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Kena ‘sidai’ walaupun temujanji awal,Misi sempat beli makanan dulu

 


Sejak semalam, tular di Twitter berkenaan satu ciapan yang dilakukan oleh pengguna media sosial berkenaan yang dikenali sebagai @kecikelnino yang menzahirkan rasa ralat terhadap sebuah klinik kerajaan.

Setengah jam menunggu
Dalam ciapan tersebut dia memaklumkan terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira jam 8.30 pagi barulah terlihat jururawat pulang dari membeli sarapan pagi sebelum menerima pesakit.

Menurutnya, temujanjinya adalah pukul 8 pagi, namun jururawat yang bertugas telah hadir jam 8.10 pagi. Tak berapa lama selepas itu dia melihat mereka keluar dan perlu menunggu untuk beberapa minit lagi.



Pergi beli makanan dulu

Selepas 30 minit menanti, dia melihat dua orang jurawat baru pulang dari membeli makanan dan masuk semula ke klinik. Jadi, dia kesal kerana perlu membuang masa selama setengah jam hanya menunggu mereka bersiap sedia untuk bertugas sedangkan waktu temujanji adalah jam 8 pagi.


Cerita kronologi kejadian

Bagi menjelaskan situasi sebenar, dia telah menulis secara ringkas kronologi yang terjadi semasa hari temujanji itu dan memaklumkan yang dia mendaftar kira-kira jam 7.55 pagi dengan nombor giliran 3001.

Tambahnya, jurawat tersebut merupakan jururawat yang ditugaskan di kawasannya dan sudah pasti saling mengenali kerana telah 3 bulan berurusan.


Ada pula yang jenis moody

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak apabila ada yang menceritakan pengalaman hampir sama dengan posting itu.

Rata-rata mereka meluahkan rasa ralat kerana perlu menunggu lama hanya untuk menanti para petugas kesihatan menyiapkan diri untuk memulakan tugas mereka sedangkan sudah melebihi waktu mula bekerja.


Pengguna Twitter itu juga berharap agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh memberikan penjelasan dan meminta agar perkara ini tidak dijadikan satu budaya kerana orang lain juga mempunyai urusan yang harus diselesaikan.

Sama-sama kita nanti kenyataan daripada pihak KKM sendiri. Semoga urusan semua dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber; Twitter @kecikelnino