eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki ini macam Jep Kata Iman Troye,rupanya cara ketawa & lawak sama tarik perhatian ramai

 


Bagi peminat Jep Sepahtu, pasti cukup mengenali dengan cara pelawak terkenal ini menghiburkan penonton di pentas lawak. Tak kering gusi juga warganet apabila menonton Jep Sepahtu melawak di rancangan Sepahtu Reunion Live.

Sehinggakan nama suami kepada pelakon, Sari Yanti ini juga sudah tidak asing lagi bagi ramai dan menjadi antara pelawak yang sering dinanti-nantikan di kaca televisyen.


Jadi melihatkan pula seorang lelaki ini yang dikatakan macam Jep Sepahtu, mengundang ramai tertarik dengan satu rakaman video yang telah dikongsikan individu ini.

Menerusi rakaman memaparkan dia ternyata membalas komen daripada penyanyi terkenal, Iman Troye apabila dia meninggalkan komennya di salah satu video yang sebelum ini dikongsikannya.

Namun begitu, tidak hanya Iman Troye sahaja merasakan lelaki terbabit macam Jep Sepahtu malah warganet yang lain juga tertarik dengan persamaan mereka.

@ayiematpiah Balas kepada @imantroye ♬ bunyi asal - Bro.A

Lelaki terbabit iaitu pemilik akaun, Ayiematpiah ditinggalkan ribuan respon ramai dan meskipun dia menafikan reaksi penyanyi tersebut, netizen diruangan komen bagaimanapun rata-ratanya bersetuju apatah lagi selepas mendengarkan dirinya ketawa.


“Apa kata jumpa Jep Sepahtu”