eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Lelaki Maki Warga Emas Depan Khalayak Ramai,Baju Raya Kotor Terkena Sisa Makanan

 



Semakin kurangnya adap kita kepada orang tua,itulah antara luahan seorang wanita bernama Wiwi Eriana sewaktu menyaksikan gelagat seorang pelanggan dan seorang staf lewat usia di ruang makan pusat membeli belah.

Lelaki Maki Pakcik Sebab Baju Kotor 

Walau bagaimanapun, dia tidak sempat merakam detik bilamana, lelaki tua bergelar pakcik itu dimarahi pelanggan terbabit, cuma dapat berkongsi reaksinya selepas kejadian.

Dalam video pendek tersebut, menyaksikan seorang lelaki tua sedang mengutip pinggan dan cawan kotor di setiap meja untuk dimasukkan ke dalam troli.

“Waktu tu tengah sesak…”

Difahamkan, pakcik itu tidak sengaja terlanggar pelanggan lelaki berbaju Melayu ketika itu menyebabkan bajunya kotor terkena sisa makanan.




Akui kecuaian diri, namun lelaki berbaju Melayu itu tidak menerima permohonan maaf dari pakcik berkenaan sebaliknya bertindak memakinya di depan khalayak ramai.

@wiwieriana

sbg ingatan kita semua saling jaga adab dan hormat menghormati sesama insan. islam itu indah. islam itu sgt penyayang. penuh dgn kasih sayang.

♬ Syukur (Alhamdullilah) - Ungu


Terpaksa jalan jauh sikit, elak kejadian sama berulang

Ujar pemilik akaun, selepas kejadian men1mpanya, pakcik berkenaan lebih menjaga setiap pergerakannya kerana bimbang hal sama berulang.

Jadi, dia meletakkan troli pinggan tersebut jauh daripada kesesakan pengunjung walaupun terpaksa berjalan jauh sedikit dari meja untuk ke troli.


sumber:wiwieriana