eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sapu sampah pun kacak , Netizen berseloroh 'nak spy malaysia tu hati hati'

 


Beberapa hari lepas, tular apabila seorang wanita menggunakan nama akaun Maya Suhaimi memuat naik video seorang cleaner kacak yang ditemui di Putrajaya.

Cleaner handsome sangat

Walaupun video tersebut diambil dari dalam kereta, wajah tampan pekerja kebersihan itu tetap kelihatan apabila dia sedang leka membersihkan tong sampah di kawasan tersebut.

Pada awalnya ramai yang menyangka dia hanya membuat konten memandangkan penampilannya seperti seorang model.

@mayasuhaimi #fyp #matsalleh #cleanershrimp ♬ ZOOM - Jessi

Orang Pakistan katanya

Namun, sangkaan berkenaan meleset apabila dia memang bekerja sebagai pekerja kebersihan setelah Maya Suhaimi kembali menemui dan bertanya langsung berkenaan pekerja tersebut.

Menurutnya, pekerja itu berasal dari Pakistan dan mempunyai nama ‘Khan’ di belakangnya. Dia memang bekerja sebagai ‘cleaner’ di Putrajaya.

Hal tersebut sekali gus menafikan segala rumor yang dibuat netizen dengan ‘berfantasi’ mengatakan lelaki itu adalah agen rahsia ataupun aktor kacak yang sedang membuat konten.

@mayasuhaimi #bukanmatsalleh #fyp #handsomekan ♬ ZOOM - Jessi


Tak pasal2 kena tuduh perisik

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa kagum melihat ketampanannya.

Ada juga yang sudah mula ‘menggesa’ agar pekerja kebersihan ini diambil untuk menjadi model memandangkan wajahnya persis model-model antarabangsa yang kerap menjadi kegilaan sesetengah kaum wanita.