eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Suami Sampai Ketar Tangan Tanya Cara Lipat Tudung Isteri,Bikin Netizen Terhibur

 

Gelagat lelaki itu yang ketakutan untuk melipat tudung isterinya itu turut mencuit hati netizen yang menonton. Malah rata-rata netizen turut berseloroh bertanyakan tentang keadaan lelaki itu yang mungkin di dalam kesusahan

@rosehitam_ #mangsadera ♬ original sound - Yeens🕊

Menerusi video yang dikongsikan ini, lelaki itu menunjukkan lambakan tudung yang perlu dilipatnya. Dalam masa yang sama, dia sempat bertanyakan pada netizen tentang cara yang betul untuk melipat tudung si isteri memandangkan dia tidak tahu.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah tangan lelaki itu kelihatan terketar-ketar seperti mereka yang sedang dalam ketakutan sahaja. Lebih melucukan, lelaki itu siap meletakkan hashtag ‘bini gangster’ sekaligus membuatkan ramai tergelak melihatnya


@rosehitam_ Reply to @xamystore ♬ original sound - %

Melihatkan gayanya ini, netizen turut berseloroh bertanyakan tentang keadaan lelaki itu sekiranya dia di dalam kesusahan gara-gara si isteri. Demi menjawab soalan dari netizen, lelaki itu siap berkongsikan perkembangannya di dalam video lain selepas itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan. Siapa sangka ramai juga sebenarnya suami yang memahami situasi yang dialami oleh lelaki ini.

sumber:rosehitam_