eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tempat tidur Bilal didakwa berharga 18K jadi tumpuan

 


Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan popular ini, Haris Ismail dan Neelofa yang mana mereka semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama yang dilahirkan pada Januari lalu.

Seperti ibu dan bapanya itu, putera mereka yang diberi nama Muhammad Bilal ini juga selalu mendapat perhatian umum apatah lagi perkongsian Neelofa yang kadang kala berkongsikan gelagat comelnya.


Walau bagaimanapun, nampaknya gelagat Bilal sekali lagi mencuit hati ramai peminatnya apabila dia dilihat sedang asyik di tempat tidur.

Namun begitu, rakaman pendek yang memaparkan tempat tidur Muhammad Bilal ini nampaknya mencetuskan perbualan ramai selepas dengan pantas mencuri tumpuan umum.

Hal ini kerana, ada yang mendakwa tempat tidur cahaya mata kesayangan pasangan popular ini dikatakan mencecah ribuan ringgit iaitu berjumlah sekitar RM18,000.


@seorangnur MasyaAllah, membesar dengan sihat ya Bilal 🥰 #neelofa #harisismail #bilal #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #baby ♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) - Duckhead Dj Kasur

Hantaran video yang dikongsikan semula oleh pemilik akaun bernama, seorangnur itu ternyata menarik tumpuan ramai dengan ruangan komen juga dengan pantas dihujani dengan bermacam-macam reaksi yang mana turut terkedu dengan harga tempat tidur Muhammad Bilal.

sumber:seorangnur