eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tular solat jemaah dengan kipas,Haram berlakon sedang solat-Ustaz Azhar Idrus

 


Solat merupakan ibadah yang menduduki tempat tertinggi dan semua umat Islam wajib mendirikan solat fardhu lima kali dalam sehari.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di laman TikTok yang melihatkan terdapat individu tidak bertanggungjawab bergurau senda mengenai hal keagaaman tersebut sehingga menimbulkan rasa berang di kalangan netizen.

Solat bersama kipas

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna yang dikenali sebagai @amidaa94 itu, kelihatan dua orang remaja lelaki dan perempuan sedang menunaikan solat fardhu tetapi dimakmumkan oleh alatan elektronik iaitu kipas.

@amidaa94 dunia perhaluan,,, pagi-pagi dah di buat sakit perut aqu,,,, #tebingtinggi_sumut #ngakakkocak #ngontenbarengyuk ♬ original sound - Widia Shopia Dewi

Sedih sangat tengok macam ni

Ekoran penularan video tersebut, ramai warganet meluahkan kesalan dan menyelar tindakan itu kerana perkara sebegitu boleh menjadi bahan gurauan senda oleh dua orang remaja berkenaan.


Apabila berkiblatkan media sosial….

Bukan setakat menjadi perbualan hangat di laman TikTok, malah video tersebut dimuat naik semula orang seorang pengguna di Twitter, di mana mereka turut mengkritik tindakan berkenaan.

Ada yang mengatakan pengguna TikTok pada masa ini sanggup mempersedakan agama demi berkiblatkan media sosial dan meraih perhatian orang ramai.

Penjelasan Hukum Berlakon Sedang Solat -Ustaz Azhar Idrus

@namicomel Trend solat dengan kipas 🫠 #fypã‚· #foryourpage #namicomel #TikTokguru #LearnOnTiktok #ustazazharidrus ♬ original sound - Widia Shopia Dewi

Berpura pura sembahyang haram bermain-main, kecuali mengajar sembahyang itu takpa itu penjelasan Ustaz Azhar Idrus


sumber:@namicomel ,@amidaa94