eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

11 Pelajar Sekolah Henry Gurney Melaka Raih Keputusan Cemerlang SPM, Catat 5,6 & 7A

 


Meneroka laman Facebook milik Sekolah Henry Gurney Melaka, mereka turut tidak melepaskan peluang meraikan 11 pelajar yang mencapai kejayaan dan mencatat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini menerusi Majlis Penyampaian Slip SPM 2021.

Difahamkan, dua dari pelajar mereka telah berjaya mendapatkan keputusan 7A dalam peperiksaan tersebut, ia merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Dengan ini diumumkan 11 orang pelajar Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka mendapat keputusan cemerlang iaitu 2 pelajar 7A, 5 pelajar 6A dan 4 pelajar mendapat 5A dari 50 orang yang layak menduduki peperiksaan SPM tahun 2021.



“Mencapai kelulusan 100% berdasarkan pencapaian sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Gred Purata Sekolah 4.13.


“Majlis penyampaian slip SPM telah disempurnakan oleh PKP Azhar Bin Ahmad, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka,” tulisnya.

Benar tanggapan sesetengah orang bahawa Sijil Pelajaran Malasyia (SPM) bukanlah satu pengakhiran hidup. Bagaimanapun, ia adalah satu titik pemula bagi seseorang yang bakal bergelar dewasa, salah satu langkah yang akan mencorakkan kehidupan mereka di masa akan datang.

Berpijak dibumi yang nyata, tidak semua orang diberi kelebihan dalam akademik dan tidak semua pelajar akan peroleh keputusan yang sama. Setiap individu lain kelebihan yang diberikan. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk kita tidak terus berusaha untuk lebih maju.

Dimana pun kita berada hari ini, teruslah pandang ke depan dan memperbaiki diri untuk mencapai masa depan yang lebih cerah.

Sumber: Sekolah Henry Gurney Melaka (Facebook)