eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

“Abang tak main ta*k dik, adik yang gila bayang…” -Sharnaaz Ahmad

 


Perkongsian terbaru selebriti terkenal, Sharnaaz Ahmad yang memuat naik gambar dirinya di Instagram baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, gambar yang agak ‘kontroversi’ itu disertakan sekali dengan kapsyen yang agak mengundang lebih-lebih lagi gambar tersebut dikaburkan sedikit di bahagian jari.


“Abg tak main taik dik.. adik yg gila bayang..
Maaf kalau gambaq kurang sopian

Gambaq ni abg rasa cam harem.. tu yg post tu..

Happy weekend people…” tulisnya.

“Jangan mamu, nanti keluar lagu baru”

Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen terutamanya para peminat yang beranggapan ia ditujukan kepada seseorang yang baru-baru ini ada ‘memetik’ namanya dalam pengakuan berkenaan isu percintaan.

Ruangan komen juga penuh dengan tekaan netizen yang mengaitkannya dengan seorang selebriti wanita yang sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan kepada media.





Harap tak ada yang tersinggung

Walau bagaimanapun, menerusi muat naik di Insta Story Sharnaaz, dia hanya menulis YTJT (Yang Tahu Je Tahu) dan memohon maaf kepada mereka yang berkecil hati andai tersinggung dengan posting gambar yang dibuat.



Walau bagaimanapun, kesimpulan-kesimpulan daripada netizen di ruangan komen tidak menceritakan hal sebenar kerana Sharnaaz sendiri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan sindirian tersebut.

Boleh jadi pelakon berkenaan sekadar berkongsi gambar berlatarbelakangkan pantai sewaktu pergi bercuti tempoh hari.

Sumber:Sharnaaz Ahmad