eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aina Abdul Gayakan Fesyen Seram dipenuhi rambut panjang "Macam Ahli sihir dah ni"

 

Sebut sahaja tentang fesyen ketika menjayakan persembahan di atas pentas, sudah tentu kita akan teringatkan penampilan-penampilan berani penyanyi bervokal hebat, Aina Abdul.

Dengan pelbagai konsep yang diketengahkan, Aina Abdul jarang tidak mencuri perhatian ramai andai menjayakan persembahan di atas pentas.

Konsert hari pertama berlangsung dengan baik

Umum sedia tahu penyanyi lagu Semalam itu telah mengadakan konsert ‘A Night With Aina Abdul 2.0’ bertempat di Istana Budaya malam tadi.

Aina juga telah menggayakan 10 busana dengan pereka fesyen yang berbeza untuk konsert solo tersebut yang akan berlangsung sehari lagi iaitu pada hari ini.


Rambut satu badan?

Walau bagaimanapun, seperti biasa, busana yang digayakan penyanyi itu pasti akan menjadi sorotan ramai apabila kali ini dia tampil dengan kostum ‘berambut’ yang berwarna hitam.


Hasil pereka fesyen terkenal

Difahamkan, salah satu busana bertemakan rambut itu adalah hasil kerja tangan pereka fesyen Tanah Air iaitu Melinda Looi.

Dalam perkongsian Melinda di TikTok, dia telah melakar terlebih dahulu busana yang akan digayakan Aina dan turut menggunakan material helaian rambut sebenar untuk rekaan terbabit.

@melindalooi Something for one of my favorite girls ❤️ @Aina Abdul #fypã‚· #fashion #melindalooi ♬ original sound - Melinda Looi

Dia juga menjelaskan proses pembuatan busana tersebut dan mengakui bahawa ia adalah salah satu hasil kerja seninya yang paling tidak akan boleh dilupakan.

Kenapa macam ni Aina?

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa agak terkejut dan seram melihat busana terbabit setelah ia digayakan oleh Aina pada malam semalam.

Dengan penampilan serba hitam, ia dilihat agak menakutkan namun bagi penyanyi itu sendiri dia berasa sangat puas hati.




Konsert ‘A Night With Aina Abdul 2.0’ berlangsung selama dua hari bermula malam semalam dan sekali lagi diadakan hari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Sumber: Instagram Aina Abdul, Melinda Looi