eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Aksi lincah kanak2 perempuan beraksi seni silat "Besar nanti boleh jadi fighter"

 


Penangan filem arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau yang sedang ‘mendunia’ di pawagam seluruh negara ketika ini membuatkan semangat serta pencak silat kembali menjadi bualan.

Seni dan martabat Melayu yang masih diangkat serta dijulang ini membuatkan ramai kembali membuka mata bahawa seni tersebut adalah satu warisan yang sangat istimewa lebih-lebih lagi ketika pahlawan-pahlawan zaman silam berjuang menyekat kemaraan penjajah.

Si cilik beraksi!

Jadi, video-video seni silat yang ‘dimainkan’ di pelbagai acara mulai menjadi sorotan ramai dan perhatian banyak pihak.

Terbaru, perkongsian dari aidilzakariaaa.co telah menjadi perbualan apabila memaparkan aksi lincah seorang kanak-kanak perempuan bersilat dan menampilkan persembahan melawan pesilat lebih dewasa.  

 

Dapat sorakan ramai

Kanak-kanak perempuan itu dilihat langsung tidak kekok mempersembahkan buah-buah dalam silat yang dipelajari dan ditunjukan dengan yakin.

Sudah tentu apa yang dilakukan menjadi perhatian ramai dan rata-rata yang menyaksikan persembahan terbabit bersorak melihat aksi lincahnya.

Bagus mak ayah hantar anak belajar silat

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan berasa kagum melihat aksi kanak-kanak itu yang cukup mahir dalam seni silat ini.

Mereka juga merasakan bahawa anak-anak muda seharusnya diajar dengan seni sebegini agar ia tidak hilang atau terus dilupakan oleh generasi baru pada masa akan datang.