eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Anak Shuib menangis kena ejek rakan sekolah-“Padan muka ibu dah meninggal”

 

Kehilangan orang tersayang sememangnya sangat berbekas dalam diri setiap yang menghadapinya. Lebih-lebih lagi jika perlu melalui hal tersebut dalam usia yang cukup muda.

Hal ini dirasai ramai kanak-kanak diluar sana termasuklah anak-anak pasangan selebriti terkenal, Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Mengadu sambil menangis

Selepas melalui episod duka itu hampir setahun yang lalu, mereka dilihat sudah mulai kembali tersenyum dan meneruskan hidup seperti biasa.

Akan tetapi, menerusi perkongsian video di Instagram Suciuwais, dia telah memuat naik video anak perempuan Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra atau mesra disapa Dekta menangis sambil mengadu diejek rakan sekolah.



Ejek sebab ibu dah tak ada

Menerusi kapsyen yang disertakan isteri kepada Raissuddin Hamzah itu, dia memaklumkan ketika pulang dari pejabat, Dekta telah mengadu yang dirinya diejek kerana sudah tidak mempunyai ibu lagi.

“Padan muka ibu dia dah meninggal,” adu Dekta.


Sudah tentu perkara tersebut sangat sensitif dan membuatkan orang dewasa yang mendengar berasa sebak kerana kata-kata berkenaan sangat menyakitkan buat mereka yang mengalami situasi duka itu.

Walau bagaimanapun, mereka telah menenangkan Dekta dan memintanya memberitahu guru kerana ia boleh dikira sebagai membuli.


Suasana kembali tenang selepas tangisan kanak-kanak tersebut reda dan mengajaknya untuk makan bersama supaya dia dapat melupakan seketika masalah tersebut.

Mengadu dengan cikgu biar cikgu ambil tindakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui sebak dengan aduan yang disampaikan anak kedua Shuib dan arwah Siti Sarah itu.

mereka juga faham betapa pedih dan sedihnya hati seorang anak kecil apabila diejek melibatkan orang tua yang sudah tidak ada lagi di dunia ini.

sumber:suciuwais