Sebuah drama terbaharu lakonan pelakon, Meerqeen yang digandingkan pertama kali bersama Anna Jobling akhirnya ditayangkan di televisyen selepas beberapa kali babak disebalik tabir lakonan mereka mendapat sambutan ramai.
Nampaknya gandingan mereka ini mendapat perhatian peminat drama tempatan namun babak nikah Meerqeen membawa watak sebagai Firdaus manakala Anna Jobling memegang watak Melur membuatkan satu kesilapan jelas terjadi mencetuskan drama ini viral mendapat perhatian ribuan warganet beberapa jam dikongsikan.
Penonton drama Melur Untuk Firdaus dilihat berkongsikan babak nikah pelakon utama tersebut yang mana dialog antara watak Jurunikah dan Firdaus kedengaran dengan jelas perbezaan semasa ingin dinikahkan.
Walau bagaimanapun, warganet yang turut perasan akan kesilapan tersebut tercuit hati dengan babak itu namun dalam pada masa sama, ramai sebenarnya turut perasan dengan jumlah mas kahwin disebut kedua-dua pelakon berkenaan.
@khvzairie beria firdaus hafal nama panjang melur, tok kadinya sebut "adriana" je 😠#meluruntukfirdaus #meerqeen ♬ original sound julia loves helmi <3
sumber:@khvzairie