eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bersuami dua, wanita dihalau dari kampung-"Penduduk kampung taknak subahat"

 


Tular satu video menunjukkan seorang wanita yang dihalau orang kampung gara-gara mempunyai dua suami!

Ramai orang kampung yang berkumpul di hadapan rumahnya, menggesa wanita tersebut agar keluar dari kampung.

Dihalau dari rumah sekali dengan keluarga...

Perkongsian Risna Memble di Tiktok menunjukkan wanita tersebut, dipercayai bersama kedua-dua suaminya bersama anak yang didukung oleh mereka, telah dihalau keluar dari kampung.

Kejadian yang berlaku di Indonesia itu difahamkan kerana orang kampung tidak mahu bersubahat dengan perlakuan wanita tersebut yang bernikah dengan dua suami dalam satu masa yang sama.

@risnamemble03 #goriau#riauincom #kuansingkotajalur #viraltiktok #fyp #kukiracuputernyatasuhu🔥 #detikcom #viral2022viralvideo🔥😘🔥 ♬ Astaghfirullah - Opick

"Penduduk kampung taknak subahat, takut Allah murka..."

Tinjauan ke ruangan komen mendpaati rata-rata netizen terkejut namun ada yang menyokong dan ada juga yang mengecam tindakan wanita berkenaan.