eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

‘Body shaming’ Influencer Eira Aziera diarah bayar ganti rugi RM100k

 


Kira-kira dua tahun yang lalu, seorang ‘influencer’ dikenali sebagai Eira Aziera atau nama sebenarnya Noorazira Pissal telah melakukan ‘body shaming’ keatas seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Suharnizan Md Sidek.

Maki dan samakan dengan haiwan

Disebabkan itu, Suharnizan Md Sidek yang juga merupakan seorang pesuruhjaya sumpah telah membuat laporan polis diatas tindakan influencer berkenaan yang membuat video dan mengeluarkan kata-kata kesat termasuk menyamakan badannya dengan haiwan hanya kerana tidak berpuas hati selepas Suharnizan meninggalkan komen di live FB influencer terbabit.


Kena bayar RM100k

Susulan daripada itu, menerusi Harian Metro, Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini  telah mengarahkan Eira Aziera membayar ganti rugi RM100,000 dan kos guaman RM30,000 kepada Suharnizan Md Sidek yang menjadi mangsa ‘body shaming’ (penghinaan bentuk fizikal) pada Ogos 2020.


Mohd Rasheed Hassan yang merupakan peguam kepada Suharnizan memaklumkan yang  Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Seri Shamsulbahri Ibrahim membuat keputusan berkenaan dalam saman Suharnizan terhadap Eira Aziera secara dalam talian pada 30 Mei lalu.

Keputusan terbabit dibuat selepas perbicaraan penuh dijalankan selama lima hari dari 24 hingga 28 Oktober 2021 secara dalam talian juga.

“Mahkamah juga memerintahkan Noorazira untuk menyiarkan permohonan maaf yang jelas tanpa syarat dalam semua akaun media sosial miliknya dan hendaklah dikekalkan selama enam bulan dari tarikh penyiaran.

“Selain itu mahkamah memutuskan bahawa Suharnizan menerusi peguamnya berjaya membuktikan tuntutannya dan selepas kesemua elemen yang berkaitan dipenuhi,” katanya.


Untuk rekod, pada 13 Oktober 2020, Suharnizan telah memfailkan saman dengan menuntut lebih RM2 juta terhadap Eira Aziera di Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau ‘body shaming’.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohd Rasheed berharap kes terbabit akan menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengeluarkan kenyataan sesuka hati dalam media sosial.

Sumber: Harian Metro (Mary Victoria Dass), Kredit foto Harian Metro