Kanak-kanak lelaki yang videonya tular kerana menangis selepas aksi kekalahan Harimau Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada minggu lalu kembali mencuri tumpuan orang ramai.
Terbaru, kanak-kanak tersebut sekali lagi dirakam ketika menerima hadiah kasut ‘boots’ daripada pemain skuad kebangsaan Safiq Rahim sewaktu perlawanan Malaysia menentang Bangladesh semalam.
Seorang pengguna aplikasi TikTok, @muiiizzzzz berkongsi momen istimewa itu memaparkan Safiq menghampiri satu ruangan di tempat duduk penonton sebelum membaling kasut ke arah kanak-kanak berkenaan.
Safiq kasi kasut dia kat budak tu!
Tidak cukup dengan itu, dia turut mendapat jersi eksklusif yang dipakai tonggak sayap Harimau Malaya dan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Arif Aiman sewaktu perlawanan tersebut.
Jelas kelihatan riak wajah gembira kanak-kanak itu apabila menyarungkan jersi terbabit berdasarkan satu perkongsian InstaStory oleh seorang pengguna laman Instagram, @yob_karipulai.
Difahamkan, kanak-kanak terbabit sememangnya aktif bermain bola sepak dan berada di bawah kelab remaja elit FC Setia Alam dengan bimbingan jurulatih Shazwan Wong.
Sejak umur 6 tahun hadap macam-macam
Claim apa korang nak claim , yg ni exclusive takleh claim sebab sejak umur 6 tahun dah bersama hadap mcm2 !
— Shazwan Wong 🇲🇾 (@ShazwanWong) June 15, 2022
Syok dia dpt baju Arif Aiman pic.twitter.com/DuUdGhaVx0
Dah tgk video viral ni belum ?
— Shazwan Wong 🇲🇾 (@ShazwanWong) June 12, 2022
Jiwa,ini soal jiwa atas padang dan luar padang. Sepanjang bersama aku di atas padang sejak berumur 8 tahun it is always 100% 110%, tak pernah kurang.Apa yg dia buat luar dan dalam padang dia berikan sepenuh jiwa ! pic.twitter.com/EdXX80O0F2