eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Caprice kongsi video olok2 berak -Netizen tegur “Dalam tandas pun nak tunjuk ke?”

 


Sebelum ini penyanyi rap, Caprice mendedahkan isterinya, Farra Inalis Hussni diganggu oleh seorang individu bernama ‘Najib’ dan meminta bantuan ramai bagi mengubati penyakit misteri yang dialami oleh pasangannya itu.

Buat video tarian Marry Me

Terbaru, perkongsian Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di laman Instagram miliknya mengundang kecaman di kalangan warganet apabila dia memuat naik video tarian Marry Me yang menjadi fenomena pada masa kini.

Menerusi video berdurasi tiga puluh dua saat itu, isterinya dilihat menari sambil memegang beberapa jenis perisa vape.- 


Seriuslah olok2 berak?

Pun begitu, apa yang menarik perhatian warganet adalah pada bahagian Caprice seolah-olah sedang membuang air di tandas sehingga mendedahkan aurat bahagian pahanya.



Perlu ke nak tunjuk part ni?

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet, di mana ramai berpendapat bahawa rakaman di tandas itu tidak manis dimasukkan dalam video berkenaan.

Ini kerana batas seorang lelaki hanyalah selepas lutut sahaja dan bukannya menutup lutut tetapi mendedahkan bahagian paha.


Peliklah tengok dia ni…

Di samping itu, ada warganet terkilan melihat video yang dikongsikan oleh penyanyi itu untuk tontonan ramai.


Diharapkan selepas ini Caprice lebih berhati-hati sebelum berkongsi konten untuk tatapan umum, lebih-lebih lagi namanya dikenali ramai.