eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen, Siti Khadijah

 

Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen, Siti Khadijah2

Tonton drama adaptasi novel 'Ash & Aish' full episod karya Maya Adira akan datang di Astro Ria. Menampilkan gandingan utama Meerqeen dan Siti Khadijah Halim. Drama terbitan Suhan Movies & Trading. diarahkan oleh Helmi Yusof.

JUDUL : ASH DAN AISH
Tonton Full EPISOD : 1-20
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam 
SIARAN TV : Slot Megadrama - Astro Ria
PENULIS SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Helmi Yusof
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Meerqeen, Siti Khadijah, Idzham Ismail, Nada Nur Syuhada, Adiba Yunus

WATAK PELAKON 
Meerqeen sebagai Ashrafi
Siti Khadijah Halim sebagai Aisha

SINOPSIS ASH DAN AISH
Kisah Ash dan Aish yang ditakdirkan bertemu dengan tidak sengaja akhirnya membawa kepada perkahwinan kerana perasaan simpati dan ingin melindungi Aish. Ash yang penuh misteri dan hidupnya gemar membantu orang yang ada masalah.

Terbinalah ikatan suami isteri bilik berasingan bagi mereka. Bagi Aisha, dia bersyukur kerana dengan menjadi isteri Ashrafi, dia dapat menumpang kasih keluarga yang baharu. Dia kenal Tuk Mek, Kak Wati dan Abang Zul serta yang lainnya. Dia bahagia menjadi isteri tanpa cinta.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang siur. Ashrafi terbaring koma namun 'Ashrafi' yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

NOVEL ASH DAN AISH

Siapa kata kahwin tu indah? Siapa cakap jatuh cinta itu macam pelangi, penuh warna-warni, hangat dan bahagia?

Ashrafi
Misterius dan pendiam. Lari daripada keluarga kerana perbezaan pendapat dan daripada cinta yang dirundung nestapa.

Aisha
Gadis polos dari kampung. Hijabnya terbuka sampai dia tak senang duduk. Selepas dibawa berubat, barulah lega.

Sanctuary Kafe menemukan Ashrafi dan Aisha, mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan. Aisha hanya main-main. Ashrafi hanya mahu menolong. Baginya, gadis itu hanyalah pembantu. Manis dengan sikap gila-gila, buat dia tersenyum dalam rahsia.

Tolong konon, namun sebenarnya hati lelaki itu dijentik rasa luar biasa. Sedangkan Aisha pula, terjebak dalam perkahwinan yang dia sendiri tidak pasti kenapa dia lakukan. Begitupun dia bersyukur dan bahagia menjadi isteri tanpa cinta kepada Ashrafi. Dia juga dapat menumpang kasih keluarga baharu.

Namun, insiden kemalangan Ashrafi membuka tetingkap rahsia yang bersimpang-siur. Ashrafi terbaring koma namun ‘Ashrafi’ yang satu lagi datang menemani Aisha. Kelam-kabut dan tunggang terbalik hidupnya. Pencarian dan perjalanan yang penuh dengan seribu rasa menduga rasa cinta yang baru terbit. Dalam hati yang mula memekar, ada rindu yang bersembunyi.

Promo Drama Ash dan Aish


Para Pelakon Ash Dan Aish

Drama Ash dan Aish Lakonan Meerqeen, Siti Khadijah2
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7| Episod 8 |Episod 9 | Episod 10
Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod19
Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27|Episod 28
Episod 29 | Episod 30 | Episod 31 | Episod 32 | Episod 33 | Episod 33 | Episod 34| Episod 35|Episod 36| Episod 37 |Episod 38 Episod 39 | Episod 40