eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Filem 35MM Syahmi Sazli pecah rekod, “Sebanyak RM300,000…”Hari Pertama

 


Jika filem pertama Youtuber dan pengarah terkenal berjudul Mael Totey The Movie Syahmi Sazli berjaya mendapat sambutan hebat ramai, nampaknya filem keduanya juga tidak mengecewakan buat peminat dan penonton filem tempatan.


Baru sahaja melancarkan filem kedua, Syahmi Sazli sekali lagi menjadi bualan ramai. Walau bagaimanapun, kongsi dirinya kepada umum juga apabila dia meluahkan rasa syukur kerana filem tersebut berjaya mendapat kutipan tertinggi.

Meskipun di hari pertama tayangan, filem kedua Syahmi Sazli yang dibintangi juga oleh dirinya bersama Yoe Parey dan Asif Suhaimi serta ramai lagi ini mendapat kutipan tertinggi sebanyak RM300,000.

“Alhamdulillah! Filem 35MM berjaya memecah rekod dengan mendapat kutipan tertinggi pada hari pertama tayangan untuk tahun 2022, sebanyak RM300,000! Terima kasih atas sokongan anda semua. Jangan lupa langgan 35MM di Astro First saluran 480,” ujar Syahmi Sazli di ruangan kapsyen.




Perkongsian Syahmi Sazli di Instagram peribadinya itu telah mendapat pelbagai komen ramai yang turut mengucapkan tahniah buat filem keduanya yang ditayangkan bermula 21 Jun lalu.