eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Filem Mat Kilau Trending Nombor 1 Dapat Pujian Ramai

 


Filem Mat Kilau adalah sebuah karya arahan Syamsul Yusof yang dibintangi oleh ramai pelakon berbakat besar. Berlatarbelakangkan seorang pahlawan Tanah Melayu yang mempertahankan tanah air dari dijajah, nama Mat Kilau sahaja pastinya ramai pernah mendengar kisahnya.


Antara pelakon utama filem ini adalah Adi Putra, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Khir Rahman dan ramai lagi. Memulakan tayangan pada 23 Jun, pada hari yang sama filem judul Mat Kilau ini trending nombor 1 di Twitter.


Malah menurut warganet yang sudah menyaksikan filem Mat Kilau ini, rata-ratanya berpuas hati dengan karya tersebut. Maklumlah, jalan cerita, arahan dan pelakon filem ini adalah satu gabungan luar biasa.