eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gelagat Shuib tarik Pakcik disangka bergaduh rupanya “Asbab dia berjaya”

 


Sebut sahaja nama Shuib Sepahtu, ramai yang cukup suka dengan sikapnya yang selain lawak, dirinya juga terkenal dengan perangai ramahnya terhadap sesiapa sahaja. Jadi meskipun selepas sekian lama berehat sebagai anak seni, ramai ternanti-nantikan kemunculannya kembali.


Walau bagaimanapun, tular satu rakaman terbaharu melihatkan gelagat Shuib Sepahtu dengan seorang pakcik di tepi jalan yang membuatkan ada yang menyangka terdapat pergaduhan.

Namun begitu, semakin diperhatikan rupa-rupanya Shuib yang berhenti di tepi jalan ini kerana ingin menghulurkan bantuan kepada pakcik ini namun disaat pakcik ini cuba menolak, Shuib pula tetap mendapatkannya.

Tindakan Shuib ini membuatkan ramai teringat dengan arwah Siti Sarah yang mana pasangan ini sangat terkenal dengan sikap pemurah mereka yang suka membantu orang lain.


@shafiqabuuu

Jangan fikir bukan bukan hari ni mungkin hari pak cik ni hari kita belum tahu lagi 🙂

♬ TE MOLLA BY ROSIE SD - 𝙝𝙖𝙗𝙞𝙗𝙞𝙣𝙖𝙨𝙨™

Perkongsian pemilik akaun bernama, Shafiqabuuu tersebut bagaimanapun membuatkan tindakan Shuib Sepahtu itu disenangi ramai dan ditinggalkan ratusan komen positif terhadapnya diruangan komen.