eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Gugur Air Mata Fazura Masa Tonton Mat Kilau, “Cerita Ni Memang Konpom Nangis”

 


Dua hari lalu telah pun berlangsungnya sesi tayangan perdana filem berjudul Mat Kilau. Sebuah karya agung dari pengarah tersohor, Syamsul Yusof, filem ini memiliki kehebatan dari pelbagai aspek membuatkan ianya menjadi bualan hangat warganet.

Selain dari itu, baru-baru ini satu perkongsian dengan paparan beberapa penonton dari ruang pawagam ketika sesi tayangan Mat Kilau telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu kelihatan beberapa wajah pelakon popular seperti Fazura, Emma Maembong dan ramai lagi.


Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kelihatan air mata Fazura gugur masa tonton Mat Kilau ini. Bahkan reaksi penonton lain juga turut sama nampaknya sedih ketika menghayati filem tersebut.

Berikut adalah perkongsian rakaman air mata Fazura gugur masa tonton Mat Kilau yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun randommdrama:

@randommdrama Filem Mat Kilau Sarah dengan emotions dan semangat perjuangan pahlawan 🥺🥺🥺 #fyp #matkilau ♬ Sedih - Instrumental - Asraf Studio

Perkongsian rakaman reaksi penonton menyaksikan filem hebat ini telah meraih lebih 2.8 juta tontonan dan 264 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini