eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Hanya mampu doa supaya berubah,Azhar Sulaiman akui tak mudah tegur anak

 


Anak kepada aktor terkenal, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona sememangnya sering menjadi perhatian di media sosial terutamanya posting-posting yang dilakukan di aplikasi TikTok.

Terbaru, penampilannya dengan mengenakan dress ketat dan terdedah di bahagian dada sedang asyik menari bersama kenalam telah menerima kecaman netizen kerana dilihat agak keterlaluan.

@leonsmeonss toilet toks >>> @myruhhhh ♬ TIMBER DUCKHEAD EDIT - Duckhead Dj Kasur

Tindakan-tindakannya yang berani berpenampilan seksi di media sosial turut membuatkan netizen memetik nama Azhar dan menuduhnya tidak pandai mendidik anak.

Walau bagaimanapun, menerusi Mstar, pelakon tersebut mengakui bahawa bukan mudah untuk menegur anak-anak yang sudah meningkat dewasa.


Bukan mudah nak tegur

Tambahnya, dia sudah menjalankan tanggungjawab sebagai orang tua dengan menegur setiap kesilapan yang dilakukan anak-anak. Namun, situasi sudah berbeza memandangkan mereka juga telah dewasa dan dia kini hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya.

Jelas Azhar lagi, untuk merotan atau memukul sebagai pengajaran nampaknya sudah tidak sesuai lagi kerana Leona dan anak-anaknya yang lain sudahpun melewati usia 18 tahun.

“Saya macam Kaza dan Normah Damanhuri… kami adalah ibu bapa, anak-anak kita bukan kecil lagi. Macam anak mereka pun dah besar juga. Sebagai ibu dan bapa, sudah tentu kita beri teguran.

“Tetapi apa sahaja yang kita tegur itu, bukan mudah… kita mengharapkan anak-anak akan fikir lebih jauh mengenai impak terhadap keseluruhan bukan hanya pada diri mereka tapi keluarga dan ibu bapa.

“Sebagai bapa, saya ambil tanggungjawab untuk menegur apa yang tidak boleh dilakukan. Tapi kalau dia masih lakukan, saya hanya berdoa semoga dia akan cepat berubah.

“Kita tak boleh merotan atau menjerit kepada anak-anak sekarang… apatah lagi mereka sudah besar. Jadi kita doakan yang terbaik untuk anak-anak,” katanya.


Tak rasa anak2 akan ikut jejak dalam bidang seni

Dalam perkongsian bersama sumber lagi, aktor yang membintangi filem Mira Edora ini memaklumkan yang ketiga-tiga anaknya mungkin tidak mengikuti jejak langkahnya sebagai pelakon memandangkan masing-masing dilihat kurang berminat ke arah itu.

Isterinya juga, Chempaka Emalin Pahamin memainkan peranan penting dalam kerjaya anak-anak kerana sudah merencanakan yang terbaik untuk tiga buah hati mereka.

“Saya tak rasa anak-anak akan ikut jejak langkah saya masuk industri… Leona bakal menjadi seorang peguam, apa yang dia lakukan sekarang kerana ikut trend semasa orang main TikTok.

“Leona pun akan sambung belajar dalam bidang perundangan. Kembar dia pun dah mula bekerja. Kakaknya pula dah habis belajar dan mahu jadi ahli politik.

“Tiada anak-anak yang akan ikut jejak langkah saya. Bagi saya, isteri antara punca utama kejayaan anak-anak kerana ini hasil usaha kerasnya,” ujarnya.