eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Hanya Mekup Nenek Ini Terus Nampak Muda “Ni kalau baru kahwin ni..Terkezut Suami”

 

Tidak dinafikan bersolek mampu membuatkan seseorang itu nampak berbeza dan sedikit sebanyak berikan keyakinan pada sesetengah wanita. Sudah menjadi perkara biasa untuk wanita bersolek tidak kira secara ringkas atau sedikit tebal terutamanya apabila ada majlis istimewa.

Namun begitu, bagaimana pula dengan solekan yang memberikan kesan khas buat wanita itu nampak lebih muda dari usianya? Percaya atau pun tidak, memang wujud solekan sebegini. Baru-baru ini video solekan nenek terus nampak muda telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter.

Video pada asalnya dimuat naik di TikTok itu telah mendapat perhatian ramai kerana hasilnya yang cukup mengagumkan. Di awalnya, wajah mak cik ini disapukan cecair berwarna agak cerah dari tona kulit asalnya. Diratakan dan mula disolek.

Rahsia yang digunakan jurusolek nenek ini adalah pelekat untuk menarik kulit menjadi tegang. Korang saksikan sendiri cara solekan nenek terus nampak muda ini:



Hasil akhir solekannya memang nampak lain betul! Rakaman tersebut kemudiannya dikongsikan semula oleh pengguna Twitter lain yang terkejut dengan hasil dan teknik solekan digunakan.