eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Haris Ismail mahu beri RM700,Siapa dapat 7A SPM dari golongan B40?

 


Pendakwah bebas Haris Ismail menawarkan RM700 kepada pelajar yang memperoleh keputusan 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan hari ini.

Pendakwah berusia 27 tahun itu berkata, pelajar yang mempunyai kisah inspirasi dalam pelajaran juga boleh menghubunginya kerana bukan hanya tertakluk kepada keputusan 7A sahaja.



Assalamualaikum.. tahniah kepada semua yang telah memperoleh keputusan SPM. Tak kira apa pun keputusan, syukur alhamdulillah.

“Tapi kepada pelajar yang memperoleh 7A ke atas atau mempunyai cerita nak dikongsi betapa susahnya nak mencapai sesuatu keputusan, boleh hantar mesej peribadi (DM) di Instagram…

“…atau nombor WhatsApp disediakan untuk kami berikan sedikit sebanyak lebih kurang RM700 kepada yang terpilih,” katanya.



Bagaimanapun, suami kepada selebriti popular Neelofa itu lebih mencari pelajar yang memerlukan seperti daripada golongan B40 dan orang kurang upaya (OKU).

Saya lebih mencari golongan seperti B40 dan OKU. Kalau berminat, boleh hantar cerita dan kami akan pilih secepat mungkin,” ujarnya.

Tahun lalu, Haris atau nama penuhnya Muhammad Haris Mohd Ismail pernah menawarkan ganjaran sama kepada pelajar yang mendapat 5A dalam SPM 2020 dengan memberikan RM300 setiap seorang.

Sumber: Instagram Haris Ismail