eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Ibu sedih lihat anak OKU tantrum lepas emosi,Dimarah bapa rakan sebab botol air

 


Mempunyai anak kelainan upaya (OKU) merupakan satu anugerah yang tidak terhingga. Walaupun pelbagai tanggapan negatif diberikan, ia bukanlah satu alasan untuk kita tidak memberikan pendidikan terbaik buat mereka di sekolah supaya sama-sama mampu memperoleh ilmu untuk masa depan.

Kena marah dengan bapa pelajar lain
Namun begitu, bukan semua orang faham dengan kondisi mereka sehingga sanggup menggangu emosinya yang sudah pasti tidak sama dengan kanak-kanak lain.

Hal ini dikongsikan  Azura Abdullah apabila memuat naik video anaknya yang dikategorikan sebagai OKU sedang tantrum selepas dimarahi oleh bapa kepada murid kelas lain.



Alasan sebab berebut botol air

Menurutnya, bapa kepada murid tersebut telah datang ke sekolah dan memarahi anaknya kerana menuduh kanak-kanak OKU itu mencekik anaknya disebabkan berebut botol air.

Walaupun anaknya menafikan dakwaan tersebut, namun bapa murid kelas sebelah itu masih lagi memarahinya dan turut memarahi Azura sehingga bertindak seakan mahu mengangkat tangan.


Alami tantrum selepas dimarahi

Disebabkan itu, kanak-kanak OKU tersebut telah menangis dan mengalami tantrum sehingga cikgu yang mengajarnya perlu menenangkannya terlebih dahulu.

Sebak tengok cara dia lepaskan kesedihan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sedih melihat situasi yang berlaku.

Mereka juga masih berasa kecewa kerana ada lagi individu yang tidak dapat mengawal emosi terutamanya kepada kanak-kanak kelainan upaya ini dan sesuka hati melepaskan ego serta kemarahan kepada orang lain tanpa berbincang baik-baik.


Sudah bermaafan

Walau bagaimanapun, Azura memaklumkan yang isteri kepada individu tersebut telah menghantar mesej kepadanya memohon maaf diatas tindakan baran suaminya.

Azura juga sedar mungkin kesilapan datang daripada anaknya juga namun tindakan memarahi tanpa berbincang terlebih dahulu adalah tidak patut terjadi.

Dia juga dengan lapang dada memaafkan insiden tersebut namun menitipkan pesanan supaya menjaga adab serta emosi terutamanya ketika berada di sekolah.