eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Iqbal Menangis Tengah Malam Fikir Pasal Jodoh,belum jumpa pengganti Vida

 


Tahun lalu, kisah percintaan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida (DSV) dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli mendapat perhatian ramai.



Pun begitu, hubungan cinta mereka kecundang di tengah jalan apabila dikatakan mendapat restu daripada anak-anak DSV iaitu CikB dan Kacak.

Terbaru, pemuda berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendedahkan dirinya masih belum mempunyai pengganti. Pendedahan itu dibuat menerusi InstaStory miliknya semalam apabila menjawab pertanyaan netizen.

“Jujur akak nak tahu, Iqbal dah ada girlfriend atau seseorang istimewa di hati? Jawab dengan jujur,”tanya salah seorang netizen.


Iqbal mengatakan mencari pasangan hidup bukanlah sesuatu yang mudah seperti orang bertanyakan soal jodoh. Tambah usahawan berusia 28 tahun ini, ia melibatkan penerimaan kekurangan seseorang selain sanggup hidup susah senang bersama.

Malah, dia mengakui kadangkala air mata jantannya menitis apabila memikirkan soal itu sebelum tidur dan meminta orang ramai mendoakan dirinya dipercepatkan bertemu jodoh.

“Kadang-kadang saya menitiskan air mata di tengah malam. Tolong doakan saya ya,”tulisnya.



sumber:@ahmadiqbalzulkefli