eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Janna Nick akui terkejut,Lagu Gatal jadi perhatian ‘superstar terkenal’ PSY

 


Siapa sahaja tak rasa bangga apabila lagu nyanyian tempatan menjadi pilihan oleh artis antarabangsa, bukan? Lebih-lebih lagi apabila selebriti itu mempunyai bilangan pengikut yang ramai.

Itulah yang dirasai oleh salah seorang penyanyi cantik, Janna Nick baru-baru ini.

Lagu Gatal nyanyian Janna Nick tarik perhatian PSY

Semalam, tular di laman media sosial apabila seorang bintang terkenal antarabangsa, PSY memuat naik dua buah video cabaran lagu Gatal yang dinyanyikan oleh Janna Nick bersama tanda pagar #flexibility.




Janna terkejut dan gembira

Memetik laporan BOOM, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner tidak dapat menyembunyikan perasaannya.

“Memang gembira sangat-sangat.

“Itu sahaja cara yang boleh saya gambarkan mengenai perasaan saya pada sekarang ini,”luah Janna. 


Siapa saja tak suka bila superstar promote lagu?
Menurut Janna, dia teruja apabila lagu tersebut dipromosikan oleh penyanyi yang pernah menggemparkan seluruh dunia dengan Gangnam Style.

“PSY kot… Siapa sahaja tak gembira apabila superstar dunia seperti dia memilih lagu kita?

“Tidak cukup dengan itu, dia promote di Instagram yang mempunyai berjuta-juta pengikut.”katanya lagi.


Tiba2 claim lagu Indonesia pulak!

Disaat ramai warganet memuji dan berbangga apabila lagu keluaran tempatan itu mendapat perhatian, namun lain pula bagi pengikut dari Indonesia.




Mereka mendakwa lagu tersebut berasal dari negara mereka.

Sumber: BOOM!,@42psy42