Sejak beberapa hari lalu tular dengan perkongsian foto keadaan rumah pangsa yang diubah suai tidak mengikut undang-undang disediakan majlis tempatan. Orang kata rumah flat tapi selera banglo.
Bukan satu dua rumah ada membuat pengubahsuaian tambahan pelbagai saiz ini, banyak juga kediaman yang berbuat demikian. Malah disebabkan tular kes sebegini, ada satu rakaman yang paparkan ruang tambahan ubahsuaian rumah yang dirobohkan oleh penguatkuasa.
Bagaimanapun, baru-baru ini satu rakaman yang dikongsikan mengenai isu tersebut telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman itu seorang pengguna TikTok ‘kantoikan’ pemilik rumah ubahsuai haram hanya guna Google Maps.
Berikut adalah rakaman kantoikan pemilik rumah ubahsuai haram guna Google Maps ini:
@naeldaily Reply to @azwienordina51 kalau mcm ni? #musimviral #googlestreetview ♬ Che La Luna - Louis Prima
@naeldaily 😙 #masukberanda #tiktokmalaysia #random ♬ Che La Luna - Louis Prima