eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Konsultan Pemasaran Teruk Dikritik , Bagi Info ‘Merepek’ Tentang Coca Cola

 


Klip rakaman dari seminar yang dilakukan oleh konsultan pemasaran dalam talian iaitu Najib Asaddok menjadi bualan hangat di media sosial. Video tersebut menerima perhatian netizen di mana ramai yang mendakwa fakta yang disampaikan oleh konsultan itu kurang tepat tentang jenama produk minuman Coca Cola.

Sebaik sahaja video tersebut dikongsikan di laman Twitter, rata-rata netizen turut berkongsikan pandangan mereka melihat info yang disampaikan ini. Malah ada juga netizen yang meminta lelaki itu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyampaikan sesuatu maklumat.



Menurut konsultan pemasaran itu, jenama produk minuman terkenal iaitu Coca Cola telah membayar konsultan sebanyak RM100,000 hanya untuk idea menjual minuman itu di dalam botol dan tin. Fakta yang disampaikan ini membuatkan netizen berasa ragu-ragu kerana ianya tidak sama dengan sejarah jenama terkenal itu.

Tambahnya lagi, bermula dari idea tersebut perniagaan jenama minuman itu mula meletup-letup dan mendapat sambutan. Namun netizen menepis dakwaan tersebut dan mengatakan syarikat minuman tersebut tidak pernah melakukan seperti yang didakwa konsultan itu.


Malah netizen turut memintanya melakukan kajian terlebih dahulu terutamanya apabila ia melibatkan jenama besar seperti Coca Cola ini. Dalam masa yang sama, ada juga yang memberikan teguran kepada konsultan itu yang mungkin tersilap memberikan maklumat kepada mereka yang mengikuti seminar itu.