eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Najib berlakon jadi Tun Abdul Razak- “Saya…tukar bidang lah”

 


Sejak beberapa hari kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerap memuat naik gambar-gambarnya dengan kostum ‘orang kerajaan’ sewaktu zaman pasca merdeka di media sosial miliknya.

Tukar bidang?

Menerusi posting gambar tersebut, beliau memaklumkan sedang mengikuti pengambaran sebuah drama bertajuk Tunjang dan memerankan watak allahyarham bapanya sendiri yang juga Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak.


Tak payah pergi uji bakat pun

Beliau secara berseloroh memaklumkan sudah bertukar bidang apabila terbabit dalam lakonan drama yang akan ditayangkan di kaca televisyen.

Tambahnya lagi, pengarah drama tersebut memaklumkan yang beliau tidak perlu mengikuti ujibakat pun untuk memegang watak berkenaan.


Pakai rambut palsu lagi

Apa yang menarik perhatian sudah tentu rambut palsu yang digayakan oleh Ahli Parlimen Pekan itu di mana ia membuatkan penampilan beliau sedikit berbeza daripada kebiasaannya.


Namun, Najib lebih banyak menggunakan topi ala James Bond seperti allahyarham bapanya ketika berkhidmat.


Kena lekat gam kuat sikit DS biar rambut tak terbang

Perkongsian gambar-gambar ketika sedang berlakon drama tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet. rata-rata mereka menyentuh tentang rambut palsu yang digunakan Najib dan mereka juga akui tidak dapat menahan diri daripada tertawa.

Bekas perdana menteri keenam itu turut berseloroh memaklumkan yang dia membaca komen-komen warganet yang ‘teruja’ melihat rambut palsu yang digunakannya. Beliau juga berasa bernasib baik kerana rambut tersebut tidak terbang dibawa angin.