eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Neelofa pertahan suami ,Isu nasihat PU Riz ditempelak Siti Kassim

 


Pelakon dan usahawan terkenal, Neelofa memberitahu dirinya tetap mempertahankan kenyataan yang dibuat oleh suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz apabila disindir oleh seorang peguam dan aktivitis, Siti Kassim.

Ia berhubung dengan satu nasihat yang disuarakan oleh PU Riz berhubung satu nasihat untuk tidak menyiarkan aurat wanita Islam yang telah meninggal dunia dalam media sosial.

Menurut laporan Kosmo, Neelofa mengatakan teguran suaminya berhubung hal tersebut adalah tidak salah kerana ia adalah perkara yang baik.

Neelofa berkata, Siti Kassim tiada hak untuk membidas sesuatu perkara yang baik terutamanya berhubung soal aurat seseorang wanita beragama Islam yang sudah meninggal dunia.

“Saya tak anggap teguran oleh suami sebagai satu kesalahan. Kenapa dia (Siti Kasim) nak bidas perkara yang baik?

“Bukanlah lebih elok jika kita berkongsi gambar yang menutup aurat untuk mengucap takziah kepada seseorang Muslimah yang sudah meninggal dunia.

“Saya rasa tidak logik apabila orang suruh buat baik, tapi dibidas,” luah Neelofa.



Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor  ini berkata, sikap saling berpesan sesama manusia mengenai perkara baik secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban seseorang yang sudah tiada di dunia ini.

“Seboleh-bolehnya saya tidak mahu panjangkan perkara ini.

“Haris hanya meminta kalau boleh, kongsilah gambar arwah yang menutup auratnya.”ulasnya mengenai isu berkenaan.


Pun begitu, selebriti berusia 33 tahun ini mengatakan nasihat yang dikatakan oleh suaminya itu bukanlah berbentuk paksaan.

“Semua itu akan dihisab nanti, arwah yang akan menanggung. Sekurang-kurangnya, inilah yang boleh kita lakukan untuk menghormati arwah,” ujar pelakon Suri Hati Mr. Pilot ini.

Terdahulu, Siti Kasim membidas kenyataan PU Riz supaya tidak masuk campur urusan orang lain apabila lelaki berusia 27 tahun itu menasihati orang ramai tidak berkongsi gambar Allahyarham Adibah Noor yang mendedahkan aurat.

Tidak cukup dengan itu, Siti Kassim turut mempersoalkan kedudukan ‘syurga’ suami Neelofa itu  sehingga melayakkan lelaki itu memberikan nasihat sedemikian kepada ramai.

Sumber: Kosmo! (Mohammad Shahemy Azmi)