eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pak Nil Tegur Dengan Nada Geram Pada Shuk Sahar “Curang Itu Satu Pilihan”

 


Umum sedia tahu akan kontroversi yang melanda seorang pengacara dan pelawak, Shuk Sahar. Kisah kecurangannya dan orang ketiga yang wujud dalam rumahtangga Shuk Sahar dan Sera menjadi buah mulut sehingga kini.

Malah status perkahwinan pengacara itu juga masih menjadi tanda tanya ramai. Biarpun begitu, baru-baru ini rancangan bual bicara yang mana Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil sebagai pengacaranya telah menjadi perhatian warganet.

Program bual bicara berjudul, Hard To Heart itu menjemput Shuk Sahar sebagai tetamunya. Dalam rakaman tersebut Pak Nil temubual Shuk Sahar ini dengan bertanyakan pelbagai soalan.

“Curang Itu Satu Pilihan”

Dalam bual bicara ini, Shuk Sahar sendiri mengakui dia dan isteri sudah lagi tinggal bersama. Malah dia juga menjelaskan tidak faham mengapa masih melakukan kesilapan berulang kali. Selain itu Shuk juga mengakui curang itu satu pilihan biarpun dia tidak tahu lagi hala tuju kehidupan bersama isterinya.

@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound - imran imlap

“Saya Lupa Saya Tumpang Rezeki Anak-Anak”

Menyambung perbualan tersebut, Shuk menceritakan rumah dibeli dengan harga RM1 juta telah pun dijualnya. Begitu juga sebuah kereta. Selepas kontroversi yang berulang, rezeki semakin merosot. Malah dia juga akui, “saya lupa saya tumpang rezeki anak-anak”, ujarnya.


@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound - imran imlap

Hari Jadi Pertama Tanpa Keluarga

Apalah hidup tanpa keluarga di sisi, itulah diibaratkan perasaan Shuk apabila menyambut hari jadinya kali ini berseorangan. Di penghujung rancangan Pak Nil mendoakan kehidupan Shuk kembali seperti dulu bersama keluarga tersayang.


@imranimlap #hardtoheart #fyp ♬ original sound - imran imlap

Sumber:@imranimlap