eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pembeli dibidas seller komen barang tak ori,buat ramai gelak besar

 


Membeli secara online sememangnya menjadi antara cara yang paling mudah dan menjimatkan masa buat sesiapa sahaja. Tinggal mencari barang, bayar secara online dan menunggu barang sampai didepan pintu rumah.

Cara inilah yang semakin popular sehingga apa sahaja yang boleh mencetuskan pendapatan, tentu dijual. Walau bagaimanapun jika ingin membeli sesuatu, kita sering dinasihatkan jangan main beli sahaja sesuka hati tanpa membaca maklumat lengkap disediakan oleh seller.

Ini kerana bagi mengelak kita sendiri tersalah faham dengan barang dijual oleh seller kerana isu membeli barang yang dapatnya lain juga antara topik yang sering hangat dibicarakan ramai.

Namun begitu, kebanyakannya tidak perasan sama ada barang yang ingin dibeli itu sama ada yang betul atau mainan sahaja. Nampaknya, gara-gara isu seperti itu menyebabkan penjual ini dilihat mengamuk selepas barangnya ditinggalkan komen, “Barang tak ori,” beserta menerima rating satu sahaja.

@lawak.biasaje0 tak nak #fyp tapi nak #fypã‚· .#Lxktt ♬ Love Story - Indila