eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pemuda OKU kesal laluan kaki lima diganggu,Tak ada tempat lain ke nak berniaga?

 


Baru-baru ini, tular di laman Twitter sebuah video yang memaparkan seorang lelaki menggunakan kerusi roda berhadapan situasi sukar ketika melalui laluan di kaki lima untuk ke jejantas Putra World Trade Centre (PWTC)- Sunway Putra.

Gerai di kaki lima menyukarkan pergerakan

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh pengguna dikenali @faiztobeng, dilihat kawasan yang dilalui oleh lelaki itu dipenuhi dengan barangan jualan oleh peniaga di gerai kaki lima berkenaan.

 

Siapalah yang luluskan gerai di kaki lima ni?

Menurut Ahmad Faiz, dia kesal dengan situasi yang terpaksa dihadapinya itu selain menyoalkan pihak bertanggungjawab meluluskan pengoperasian premis di kawasan kaki lima.

“Siapalah yang luluskan boleh letak gerai di kaki lima ini.

“Sudahlah ini sahaja satu-satunya laluan nak ke lif untuk naik jejantas penghubung PWTC-Sunway Putra,”tulisnya.


Nasib baiklah datang dengan kawan

Walau bagaimanapun, Faiz meluahkan kesyukuran kerana dia mempunyai rakan yang boleh diharapkan untuk membantu pada ketika itu. Jika tidak, mungkin dia akan mengalami kesukaran disebabkan oleh kelemahan yang dimilikinya.

Ini nasib baik aku datang dengan kawan, bolehlah dia tolong clear jalan, kalau datang sorang?”luah Faiz.

Janganlah buka kedai di laluan kerusi roda
Selain itu, pemuda ini meminta jasa baik peniaga di luar sana supaya tidak sesuka hati membuka premis perniagaan di kawasan laluan pejalan kaki, terutama khas untuk pengguna kerusi roda.

“Janganlah buka kedai di laluan kerusi roda, wheelchair boleh tergelincir ke bawah. Bahaya.”luahnya lagi.


Nak berniaga tapi tak kurang cerdik

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet yang rata-ratanya mengkritik tindakan peniaga yang dilihat hanya mementingkan keuntungan jualan semata-mata tanpa memikirkan kesulitan yang dihadapi oleh pengguna lain.




Malaysia memang, masih belum mesra OKU

Tidak kurang juga ada yang meluahkan kekecewaan melihat situasi yang terpaksa dilalui oleh orang kelainan upaya (OKU) di Malaysia. Pada pandangan mereka, isu ini masih dipandang remeh oleh ramai pihak.

sumber: @faiztobeng