eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Rossa Sera tak mungkin terima Shuk kembali “Cukup sampai di sini…”

 


Minggu lalu, kemarahan warganet kembali memuncak terhadap pelawak Shuk Sahar selepas menonton sedutan program Hard to Heart yang dikendalikan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra disapa Pak Nil.

Dalam rancangan itu, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar memberitahu semenjak kemelut rumah tangganya diketahui umum, boleh dikatakan kehilangan satu per satu peluang pekerjaan, keluarga dan rakan-rakan.

MeleTOP jemput isteri Shuk, Rossa Sera ulas isu rumah tangga

Terbaru, isteri kepada Shuk iaitu Sera diundang sebagai tetamu jemputan oleh rancangan MeleTOP bagi mengulas isu rumah tangga yang dihadapi olenya dan suami.

Pun begitu, Sera dilihat tidak dapat menahan sebak walaupun baru sahaja melangkah masuk sehingga terpaksa ditenangkan oleh pengacara Nabil Ahmad dan Uyaina Arshad.

@imranimlap #meletop #fyp ♬ original sound - imran imlap

Cukup sampai di situ saja, Sera rasa sakit dekat diri sendiri…

Malah, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah memberitahu kemaafan yang diberikannya sebelum ini hanya menyakiti hatinya sendiri sehingga tidak mampu untuk bertahan lagi.

“Saya rasa sakit kali ini sekiranya memaafkan dia. Saya rasa tak bahagia dan macam mana saya nak bahagiakan orang lain kalau saya ada perasaan macam itu.

“Kami dah berbincang untuk ambil keputusan apa selepas ini. Saya memang akan fokus kepada anak-anak sahaja dan perniagaan. Mengenai kami mungkin cukup sampai di sini.”kata Sera dalam rancangan MeleTOP.


Tangisan Sera itu turut membuatkan pengacara Uyaina Arshad tidak dapat menahan sebak.

Ibu bapa dan anak2 penguat semangat

Jelas Sera, ibu bapa dan anak-anaknya merupakan insan yang diperlukan pada ketika ini dan merekalah punca kekuatannya untuk meneruskan kehidupan.

Tambahnya, setiap masalah yang terjadi, dia pasti akan memberitahu kedua orang tuanya untk mendapatkan nasihat, selain menganggap ia merupakan satu ujian hidupnya dan sehingga kini masih memberikan sokongan buat Shuk Sahar.


@imranimlap #meletop #fyp ♬ original sound - imran imlap

sumber:@imranimlap